Keutamaan Lailatul Qadar sungguh luar biasa kerana malam ini lebih baik dari 1000 bulan dan bersamaan dengan 83 tahun. Allah SWT berfirman;
لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ
"Malam Lailatul-Qadar ( Malam kemuliaan) itu lebih baik dari seribu bulan." - Surah Al-Qadr : 3 )
Apa-apa pun ibadah yang dilakukan pada malam ini seperti membaca al-Quran, berzikir kepada Allah, malah bersedekah dan apa sahaja ibadah adalah lebih baik daripada beribadah untuk 1000 bulan yang tidak mengandungi malam Qadar.