“Alhamdulillah, Asrama Banat telah berjaya dibina dengan bantuan penyumbang secara Online .."
Ustazah Kamariah
Ahli Lembaga Pengurusan & Pembangunan MTAT
Lokasi Akademi Tahfiz Teknologi Takzim
Hasil daripada sokongan anda, kini kerja-kerja pembinaan bangunan asrama serta surau baru khusus buat pelajar perempuan MTAT kini sudah hampir selesai.
Kini, kami memerlukan sokongan anda bagi membantu menaik taraf surau buat pelajar lelaki pula.
Surau Banin (Surau Amirul Muqmin)
Kenapa Kami Perlukan Bantuan Anda ?
Sebelum ini pelajar lelaki dan perempuan menggunakan ruangan surau dan kelas yang berdekatan.
Ruangan kelas yang kecil menyebabkan pelajar terpaksa berhimpit sesama pelajar.
Tambahan pula, kemasukan pelajar kian meningkat atas permintaan yang tinggi oleh masyarakat setempat.
Gangguan suara ketika belajar juga kedengaran di antara kelas ke kelas. Ia mengganggu hafalan dan fokus pelajar.
Dana Yang Diperlukan
RM 160k
Mungkin 160 RIBU RINGGIT kelihatan besar jumlahnya. Namun jika kita berganding bahu beri sama sedikit, ianya dapat meringankan beban semua pihak. Insya-Allah!
Proses menaik taraf Surau Banin sedang dijalankan seperti gambar di bawah.
Terkini
Kos tidak mencukupi, proses naik taraf terpaksa ditangguhkan dan pelajar terpaksa menumpang lebih lama di Surau Kampung Paya Dalam, Segamat.
Ayuh Para Dermawan, sama-sama Berkongsi Rezeki Dalam Melancarkan Urusan Naik Taraf Ini Agar Impian Anak-anak Tahfiz Di Sini Dapat Direalisasikan Dengan Jayanya!
Walau sekecil mana sekalipun pemberian kita di mata manusia, sebenarnya ia amat besar disisi-NYA.
Semoga asbab kongsi rezeki hari ini, dipermudahkan setiap urusan anda, diluaskan pintu rezeki dan dikurniakan ganjaran yang berterusan walaupun sudah tiada di dunia ini nanti. Aamiin!
Mudir Maahad, Ustaz Omar baru sahaja meninggal dunia. Mari kita sedekahkan Al-Fatihah & sama-sama doakan urusan maahad dipermudahkan.
DIRECT TRANSFER KE AKAUN MAAHAD
01078010033963
MAAHAD TAHFIZ AT TAAZIM
Bank Islam
Disclaimer :
Apabila anda menyumbang, anda telah menjadi sebahagian yang menyiapkan surau dan tempat belajar pelajar Banin Maahad Tahfiz. Jika terdapat lebihan sumbangan, ianya akan digunakan bagi menampung kos operasi maahad dan lain-lain urusan berkaitan Maahad.